Notis Catuan Bekalan Air di Enam (6) Daerah ekoran Pengurangan Pengeluaran Air Terawat dari Loji-loji Rawatan Air Yang Berkaitan
NOTIS CATUAN BEKALAN AIR DI ENAM (6) DAERAH EKORAN PENGURANGAN PELEPASAN AIR MENTAH EMPANGAN SUNGAI SELANGOR DAN EMPANGAN KLANG GATES DAN PENGURANGAN PENGELUARAN AIR TERAWAT DARI LOJI-LOJI RAWATAN AIR YANG BERKAITAN
Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2014 telah mengeluarkan arahan kepada SPLASH untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sehingga 200 Juta Liter Sehari (JLH) dan pada 26 Februari 2014 mengarahkan PNSB untuk menghadkan pengambilan air mentah dari empangan Klang Gates kepada 100 JLH. Berikutan arahan tersebut, loji-loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah dari kedua-dua empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh SYABAS ke kawasan pengguna yang berkaitan.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 26 Februari 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:-
1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR
Bermula pada 2 Mac 2014 (Ahad) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin). Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.
2. KAWASAN TERLIBAT
Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1, 2, 3, 4, 5dan 6.
3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air
dan dua (2) hari tiada air.
- Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari
zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup
semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
- Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam
9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam
sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
- Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras
ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka
berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

0 评论:
Post a Comment